I-Mizu, itulah nama produk minuman terbaru yang berada dipasaran, ia merupakan produk minuman hidrogen berakali anti-oksida. Miresco Integrated Sdn Bhd mengumumkan satu rangka kerjasama strategik yang dijalinkan dengan syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi majlis perjanjian rasmi yang ditandatangani semalam, 23 Jun 2016.

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman itu diwakili oleh Dr. Mohd Ihsan Che Mohd selaku Pengarah Urusan Miresco Integrated Sdn Bhd, dan penyanyi tersohor yang juga Presiden Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman.

20160623_203837

I-Mizu merupakan minuman kesihatan standard premium, minuman ini kaya dengan mineral alkali semulajadi tanpa sebarang proses elektrolisis. I-Mizu dijual dengan harga RM6.90 sen sebotol. Miresco Integrated Sdn Bhd mensasarkan jualan sebanyak 50 juta botol hingga hujung tahun ini. I-Mizu dikategorikan standard premium kerana molekul hidrogen yang terkndung di dalamnya mampu bertindak meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca kebanyakan penyakit di dalam badan. Air ini bersifat anti-oksida dan sangat bermanfaat untuk proses anti penuaan, menguruskan badan dan menyokong fungsi badan.

20160623_202731

I-Mizu sebagai air minuman terapi pertama yang terbaik untuk kesihatan untuk semua peringkat umur, ia dapat meningkatkan stamina dan tenaga. Sejak 2007 kajian telah dijalankan di jepun dan ternyata I-Mizu merupakan produk minuman kegemaran orang Jepun, dan sememangnya telah terbukti keberkesanannya, kini telah menular ke Malaysia pula.

20160623_210141Siti telah mula mengamalkan produk I-Mizu setiap hari dan merasa amat berpuas hati dengan keberkesanannya, menurut Siti beliau akan terus memajukan lagi produk minuman ini, beliau akan melakukan apa jua cara bagi memberi tumpuan dan akan melakukan promosi dan pemasarannya. Ini adalah permulaan, menurut Siti selepas ini akan ada iklan yang menyusul kerana Siti yakin bahawa produk ini memang boleh laris di Malaysia dan juga mampu menembusi pasaran antarabangsa kerana standard kualitinya bertaraf premium dan sememangnya amat baik untuk kesihatan pengguna.

Pihak Miresco juga bercadang untuk menambahkan lagi bilangan pengedar berdaftar I-Mizu dan mengalu-alukan agar lebih ramai lagi di kalangan stokis atau vendor menyertai mereka. Kepada yang berminat bolehlah emel kepada admin@i-mizu.com atau hubungi hotline 1300-88-1300 atau menerusi whatsapp 011-35381300.