Jururawat sedang hangat sekarang ini apabila ada artis yang mempertikaikan kerjaya mereka.

Namun lain pulak dengan juara Lawak Solo, Danial yang mempertahankan jururawat. Malah hatinya kini terpaut pada seorang jururawat bernama Siti.

Siapa Siti? Jangan salah anggap pula. Siti dan jururawat itu kisah dalam single pertamanya berjudul Siti Bilang Cuti. Oh! Danial dah ada lagu dan jadi penyanyi pula sekarang.

Danial cuba nasib jadi penyanyi

Sebagai penyanyi dia dikenali Danial Zain. Anak kelabiran Pulau Pinang pemilik nama sebenar Mohamad Danial Mohd Zaini mula berjinak-jinak dalam bidang lawak mengajuk sejak di bangku sekolah lagi apabila gemar mengajuk suara penyayi dan pelakon kelahiran program realiti.

Danial juga turut berlakon, pengacaraan, deejay radio dan pengarahan. Ada pelbagai bakat juga Danial ni.

Tahun 2018 Danial dilamar setelah DATU Entertainment melihat bakat yang dimiliki oleh beliau. Danial tampil menerusi single pertama ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Peter Parker yang berjudul “Siti Bilang Cuti”.

Single “Siti Bilang Cuti” telah dilancarkan di saluran YouTube pada 13 Disember 2018 ini berkisahkan tentang seorang jejaka yang ingin memikat hati seorang jururawat bernama Siti.

Siti ingin menyuarakan kepada pihak atasan untuk mengambil cuti tapi hasratnya tidak kesampaian kerana terlalu sibuk dengan tugasnya. Akhirnya, Siti diberikan cuti.

Sehingga kini, muzik video rasmi “Siti Bilang Cuti “  yang berlatar belakangkan hospital telah mencatat lebih 1.7 Juta tontotan di saluran YouTube DATU Entertainment dan memperolehi lebih 50 Ribu likes.

Single “Siti Bilang Cuti” boleh didengarkan menerusi saluran radio tempatan dan juga muzik digital iaitu Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX dan Deezer.

Untuk mendapatakan perkembangan terkini Danial Zaini dan semua artis naungan DATU Entertainment, boleh ikuti media sosial instagram beliau @danialzain1 dan instagram @datuentertainment.

Selain itu, boleh juga mengikuti perkembangan Danial di laman Facebook DATU Entertainment SDN BHD dan Twitter @datuentertainm1.