Datuk Farid Kamil tampil membuat laporan polis mendakwa dianiaya tiga rakan artis yang memasukkan dadah ke dalam minuman sehingga membuatkan dia bertindak mengasari anggota polis baru-baru ini.

Ekoran itu, Farid memberikan kenyataan selama lima jam kepada polis semalam. Cerita baru itu memberi plot baharu pula selepas dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengasari  polis dan penggunaan dadah.

Apa agaknya reaksi netizen apabila Farid membuat pendedahan itu?

Peminat setia pastilah menyokong dan berlapang dada apabila ia seakan boleh membuktikan pelakon pujaan mereka tidak bersalah sebaliknya menjadi mangsa pihak lain yang cuba menganiaya dirinya.

Sebuah laman gosip yang membenarkan ahlinya meluahkan komen tanpa mendedahkan identiti sebenar, juga turut memuatkan berita pendedahan Farid itu. Makan berdentam dentumlah komen.

Rata-rata ahli di situ meluhkan komen berbaur negatif. Farid tetap bersalah di mata mereka dan laporan dan dakwaan Farid itu dilihat sebagai cubaan melepaskan diri sehingga sanggup menamakan rakan-rakan lain demi melepaskan diri.

“‘Kau lempang polis, polis tak boleh pertahankan diri ke? Aku dah kantoi…. bagus bawak kesemua geng stone kantoi sekali,’ katanya,” tulis seorang netizen yang menggunakan nama ‘anakkampung 1X’

“Tau tak mengapa kan chuols.. dah mana satu ni? hari tu katanya perlakuan macam tu sebab ada masalah mental, ni kena aniaya dek kawan-kawan pulek,” tulis seorang lagi yang menggunakan nama samaran ‘Pedehal’.

Ada juga netizen yang mempersoalkan kenyataan Farid apabila memberitahu dia diberi minuman bercampur dadah dan rokok yang disapukan cecair. Kata mereka, kalau dah sangsi dengan minuman dan rokok, mengapa diminum dan dihisap juga. Bagi mereka itu sekadar alasan sahaja.

“Wahhhh tak cukup dengan buh dalam minuman, siap dihulur rokok yang ada disaluti cecair yang semacam….dan kau pun ngangaaaa la mulut telan air minum itu dan sedut rokok yang lain macam tu dalam-dalam dengan TANPA RELA dan minda SEPARA SEDAR dan TANGAN & KAKI TERIKAT takdaya melawan….khennnnnnnn…” sindir netizen bernama samaran ‘Hzln’.

Netizen bernama `Anaktoyol’ pula menambah: “Ingat orang nak percaya ker?…knowing memang dia suka kencing.”

Komen-komen yang diutarakan ini tidak menggambarkan prinsip Gondang Online. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat pihak yang berkuasa membuat penilaian. Farid sudah didakwa, kalau dia tak bersalah, semestinya dia dibebaskan dan kalau benar pengambilan dadah itu atas kemahuan diri sendiri, pasti dia akan menerima hukuman di hujung kes nanti.