Pelakon Janna Nick kini dah jadi penyanyi dan ada single berjudul Mungkin Saja. Suaranya biasa biasa sahaja dan dia tidak melatah bila ada yang kritik.

“Sebenarnya dah lama saya minat menyanyi dan pernah masuk pertandingan menyanyi semasa di bangku sekolah. Saya beranikan diri merakam lagu untuk melebarkan sayap dalam seni,” kata Janna.