Pelakon Connie atau Norlida Ahmad yang kini mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya berada dalam keadaan stabil.

Pelakon era 80-an itu dikejarkan ke hospital tersebut Ahad lalu kerana masalah asid berlebihan dalam darah. Anaknya memberitahu, Connie 58, yang mempunyai wajah seiras Fauziah Ahmad Daud itu masih dipantau oleh doktor.