Lagu terbaharu Izzue Islam berjudul Muzik Tiduranku dicipta hampir sepuluh tahun lalu. Ia sebagai gambaran perasaannya yang sedang jatuh cinta dengan Awin Nurin yang kini sudah menjadi isterinya.

“Apabila saya beritahu isteri pasal lagu ini dua tahun lalu, dia menggalakkan saya merakamkannya untuk berkongsi perasaan dengan peminat,” kata Izzue.