Diam tak diam program masakan Dapur Panas sudah sampai musim yang ke-12 dah tahun ini. Musim ini bakal menemui penonton TV3 dengan hos baharunya, Chef Naem juara Hero Oven 2016 selama 13 episod bermula 3 April 2017, setiap hari Isnin pukul 11.30 pagi.

Istimewanya musim baharu ini, Chef Naem (Muhammad Naim Ramli, 25 tahun) berkunjung ke kilang-kilang pemprosesan makanan yang diusahakan oleh Industri Kecil dan Serdehana (IKS) untuk melihat sendiri bagaimana produk makanan dihasilkan serta menyediakan tiga hidangan dan satu pemanis mulut di lokasi tersebut pada setiap episod.Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9 berkata: “Musim baharu Dapur Panas telah memperkenalkan bakat baharu yang dilahirkan oleh TV3, iaitu juara Hero Oven 2016 sebagai hos.

“Kami yakin program ini merupakan platform terbaik Chef Naem untuk memulakan kerjaya sebagai seorang Chef Selebriti. Selain kemahiran memasak yang dipamerkan, perwatakan Chef Naem yang ceria dan petah bercakap pasti tidak akan mengecewakan para peminat Dapur Panas.”

Episod pertama Dapur Panas 2017 melakukan sesi penggambaran di Seri Kembangan, Selangor. Chaf Naem berkongsi pengalaman membuat pizza tarik dan memperkenalkan pizza yang mendapat permintaan tertinggi di pasaran iaitu pizza sambal petai.

Untuk episod ini, Chef Naem akan menyediakan tiga hidangan menarik iaitu udang tendori, acar ikan keli, adobo kambing, dan juga minuman laicikang yang pasti akan membuatkan penonton rumah tidak mahu ketinggalan mencuba resipi-resipi tersebut.

Chef Naem memilih aneka jenis mi sebagai bahan utama untuk menyediakan pelbagai hidangan istimewa pada episod kedua iaitu kerabu kueh teow, mee goreng mamak, dan yee mee goreng, manakala air kiwi pegaga sebagai pemanis mulut.

Di lokasi kedua penggambaran Dapur Panas, Chef Naem telah mempelajari cara pembuatan mee kuning daripada tepung sehingga dibungkuskan. Antara lokasi menarik yang dipaparkan oleh Dapur Panas musim ke 12 ialah kilang pembuatan mi kuning, ladang penternakan kelulut, kilang pemprosesan pau dan otak-otak.

Nantikan pelbagai masakan menarik yang bakal dikongsikan oleh Chef Naem menerusi Dapur Panas musim ke-12 terbitan Primeworks Studios mulai 3 April 2017, setiap hari Isnin pukul 11.30 pagi di TV3.

Anda juga boleh menonton program ini di tonton, portal video Nombor Satu Malaysia, www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.