Juzzthin atau nama sebenarnya Mohamad Nazreen Norzali memulakan kariernya sebagai penyanyi rap pada umur 17 tahun apabila bakatnya dilihat oleh rakan-rakannya dan telah
mempelawa untuk menyertai kumpulan Hip-Hop Tricky Tongue.

juzz-2Kumpulan ini berakhir menjadi juara untuk rancangan realiti yang besar di Malaysia iaitu “Blast Off Season 3” pada tahun 2007. Dari situ, Juzzthin secara perlahan-lahan mula membuat persembahan dan lakonan secara solo.

Single pertama bertajuk “Sunset Boulevard” telah mendapat sambutan yang baik dan itu adalah merupakan titik permulaan di mana beliau telah ditemui DJ Fuzz dan ditandatangani oleh Mixology Music pada tahun 2012.

Mula menempah nama sebagai penyanyi rap diindustri muzik tempatan selepas popular denganlagu hasil kolaborasinya bersama W.A.R.I.Sdalam lagu ‘Botingkek’. Pasca ‘Botingkek’, Juzzthin terus mendapat perhatian menerusi kolaborasi juga bersama W.A.R.I.S dan Mas Idayu menerusi ‘100% Cintaku’.juzz-3

Namun tidakramai yang tahu anak muda berusia 25 tahun inimula terbabit dalam bidang lakonan sejak tahun 2010 menerusi sitkom “Waktu Rehat” di saluran Disney dan kemudian muncul pula di dalam drama bersiri “Oh My English” yang bersiaran melalui Astro TVIQ di mana siri ini berjaya merekodkan lebih lapan juta tontonan sejak musim pertama.

Juzzthin yang dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur merupakan seorang insan seni yang berbakat dalam bidang rap yang juga dikait rapat dengan budaya hip-hop. Hari ini 28
Januari 2016, Warner Music Malaysia dan Mixology Music dengan berbesar hati melancarkan album sulung Juzzthin yang bertajuk ‘Class Is In Session’.

Juzzthin yang sudah lama berkecimpung dalam bidang hip-hop ini menggunakan bakat dan kehebatan dirinya dalam menulis lirik lagu yang juga di bantu oleh beberapa rakan hebat beliau di dalam muzik hip-hop tempatan seperti DJ Fuzz, Aziquebeats, W.A.R.I.S, dan ramai lagi. Kerjaya seni Juzzthin kini tampak seiring di antara lakonan dan juga nyanyian.

Album ‘Class Is In Session’ sudah pasti akan memberi kepuasan di hati para pendengar
terutama sekali bagi mereka yang meminati lagu berentak hip-hop/rap yang mula bertapak di persada muzik tanah air dari tahun 1990-an. Selain muzik rap, unsur-unsur R&B juga boleh didengari dalam album ini seperti lagu ‘Isi Puisi’ dimana Juzzthin berkolaborasi bersama Nabil Zamanhuri dan G.

Lagu ‘Bonda’ yang turut berada di dalam album ini pula mempunyai nilai sentimental yang istimewa buat diri Juzzthin, kerana lagu tersebut didedikasikan khas untuk ibunya yang tersayang yang telah banyak membantu Juzzthin bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi di dalam kehidupan juga.juzz-4

Selain daripada itu, ‘Serik Dengan Cinta’ merupakan single terbaru Juzzthin yang turut
dimuatkan di dalam album ini. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon
terkemuka tanah air iaitu Maya Karin.

Pemilihan Maya Karin untuk digandingkan bersama Juzzthin untuk lagu ini adalah kerana
kelunakkan suara yang dimiliki olehnya diklasifikasikan sebagai suara yang mempunyai
aura tersendiri yang mampu menarik sesiapa sahaja yang mendengar. Secara keseluruhannya lagu ini berkisarkan tentang kesedihan dan tewas dalam mengharap untuk kembali bercinta.

Dengan rap bersahaja dan rentak lagu yang rancak akan pasti menjadi tarikan ramai. Lagu
ini bukan sahaja mampu menarik pendengar muda tapi juga dipercayai mampu menarik dan menjadi halwa telinga semua lapisan masyarakat, terutamanya dalam mengembalikan semula kenangan pahit manis semasa bercinta.

Bernaung di bawah naungan Mixology Music dan hasil usahasama bersama Warner Music
(Malaysia) Sdn Bhd, Juzzthin kini tampil dengan album sulung yang diberi judul ‘Class
Is In Session’. Album ini merupakan sebuah hadiah kepada mereka yang selama ini menjadi tulang belakang kepada Juzzthin.