Menangani buli siber terhadap media menjadi perkara pertama untuk digerakkan oleh kepimpinan baharu Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia.

Presiden yang menang tanpa bertanding Datuk Tengku Khalidah Tengku Budin memulakan ucaptama selepas selepas sesi pemilihan selesai.

Tengku Khalidah Tengku Bidin.

“Hari ini kerjaya wartawan hiburan semakin mencabar dengan adanya buli siber ini. Artis juga macam tidak endahkah kepentingan media kerana mempunyai pengikut berjuta di laman sosial.

Barisan AJK WHAM 2017/2020

“Peminat artis serta artis juga semakin lantang membuli media dengan kata-kata kesat yang keterlaluan,” kata Tengku Khalidah yang juga Pengarang Hiburan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Sesi pemilihan.

WHAM, katanya akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk membawa mereka ke muka pengadilan.

“Saya mahu ingatkan kepada sesiapa sahaja, bahawa mudah untuk menjejaki pembuli ini dan kita akan bertindak untuk memberi pengajaran kepada mereka,” sambung Tengku Khalidah.

Pemilihan ahli jawatankuasa WHAM bagi penggal 2017/2020 diadakan di Sucre Sucre Bistro Cheras malam tadi.

Sementara itu, Niezam Abdullah, Pengarang Hiburan Mstar kekal dengan jawatan naib presiden.

Jawatan setiausaha diberikan kepada Nor Asikin Hassan dari Utusan Malaysia manakala bendahari pula digalas oleh Raja Nurfatimah Mawar R. Mohamed (Berita Harian).

Shamsul Azree Shamsir dari Berita Harian dilantik sebagai Biro Penerangan.

Pada mesyuarat tersebut tujuh ahli jawatankuasa baharu turut dipilih iaitu Hanisah Selamat dari Berita Harian, Mohammad Sudirman Mohd Tahir (Harian Metro), Rudy Imran (Harian Metro), Farol Mustafa (Utusan Karya), Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo!), Syed Mussaddad Syed Mahdi (Pancaindera) dan Fairoz Azizan (Berita Harian). Rosli Manah dan Noor Joha Ahmad dipilih sebagai pemeriksa kira-kira.

Ahli WHAM sentiasa bersatu.