Setelah beberapa kali berdalih apabila diserbu pasal penipuan skim pembinaan rumah banglo pada harga mampu milik, akhirnya hari ini bekas pelakon Datuk Boy Iman ditahan polis.

Penahanannya bersama dua lagi rakan perniagaan itu untuk membantu siasatan berkait ratusan laporan yang dibuat oleh pembeli yang gagal mendapatkan rumah idaman setelah membuat pembayaran sejak beberapa tahun.