“Sila check IG saya kalau nak call,” kata seorang artis yang masih hijau.

Amboi dik. Klasnya kau. Bila orang media mintak contact number untuk dihubungi, disuruhnya semak akaun Instagram dia. Tak ada masa lah nak semak bagai.

Agaknya dia suruh tengok apa yang dia update dalam akaun tu sama ada dia sedang sibuk atau tidak. Media bukannya nak jaja nombor telefon kau dik oi… tujuannya untuk promosi jugak. Itupun tak faham ke?

Itulah fenomena artis mi segera yang tiba-tiba popular di alam siber ni. Tak ada adab langsung dan sombong sungguh lakunya. Alamatnya tak lamalah jangka hayatnya dalam bidang seni ni. Siapa nak layan perangai diva kau tu dik!.

Gondang Laser:  Cepatnya artis baru sekarang ni berangan popular. Rimaslah.