Drama bersiri yang menjadikan Sepanyol sebagai sebahagian lokasi utama, Air Mata Di Bumi Matador baharu sahaja bersiaran di TV2 setiap hari Rabu dan Khamis bermula 30 Mei lalu.

Drama yang berkisah pasal  usaha pembinaan pusat Islam di Seville, Sepanyol itu turut beramal dengan mempromosikan usaha mendapatkan dana pembinaannya kepada masyarakat Malaysia.

Aktiviti mencari dana pembiayaan pusat tersebut sedang giat dijalankan di beberapa negara di seluruh dunia. Di Malaysia, sebuah perubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Projek Mezquita telah diberi keprcayaan untuk menguruskannya.

Nazrief Nazri

Sebagai menyokong projek tersebut, penerbit Nafalia Corporation bekerjasama dengan NGO tersebut menerbitkan Air Mata Di Bumi Matador. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank 5627 6842 1171 atas nama Projek Mezquita.

Eyka Farhana

Drama arahan Rahila Ali itu menampilkan Ben Amir, Puteri Aishah, Nazrief Nazri, Eyka Farhana, Shakila Khoriri, Laila Nasir, Arash Mohamad, PU Riz, Ieda Moin, Dalimawati, Affique Hussain dan ramai lagi.

SINOPSIS

Qaisara sangat gembira kerana dalam jangka masa seminggu sahaja lagi, dia akan melangkah ke alam rumah tangga bersama Iskandar, cinta hatinya semenjak di bangku sekolah.

Perkahwinan yang bakal dibina bersama Iskandar akan memenuhi impian gadis yatim piatu ini yang terlalu
mendambakan kehadiran sebuah keluarga untuk mengisi kesunyiannya semenjak kehilangan ibu bapa dan
adik-beradik dalam satu kemalangan jalan raya semasa dia tinggal di asrama di zaman persekolahannya
dulu.

Ben Amir

Iskandar memutuskan pertunangan mereka dan sekali gus membatalkan rancangan perkahwinannya dengan Qaisara yang cuma tinggal seminggu sahaja lagi atas alas an dia terpaksa mengahwini Harlina yang hamil akibat hubungan rahsia mereka.

Qaisara amat kecewa dan nekad membawa dirinya ke Sepanyol terpikat dengan keindahan bumi matador
itu menerusi rakan sibernya, Paloma, wanita Sepanyol beragama Islam.

Ketika di Pusat Islam tersebut juga Qaisara bertemu Adib yang selalu datang ke situ untuk menunaikan
solat dan mendengar ceramah agama. Adib secara tidak langsung turut menyertai usaha amal Qaisara dan mereka mulai rapat dan berkongsi pengalaman hidup sebagai perantau di tempat orang.

Kemunculan Iskandar kembali kedalam hidup Qaisara di Sepanyol menyedarkannya bahawa Qaisara secara diam-diam telah bertakhta dalam hatinya. Dia tidak mahu melepaskan Qaisara begitu sahaja kedatangan Iskandar.

Puteri Aishah

Kesungguhan kedua-dua pemuda ini membuatkan Qaisara benar-benar berada dalam persimpangan, antara kasih saying terhadap Iskandar yang masih bersisa dek percintaan semenjak di bangku sekolah menengah dan cinta yang baru bertapak terhadap Adib yang sentiasa ada bersamanya sepanjang susah senang hidupnya di bumi orang.

Semasa menjalani 40 peratus penggambaran di Sepanyol iaitu Granada, Seville dan Ronda, penerbit mendapat kerjasama baik daripada Andalucia Film Commission, Granada Film Office, Ronda Tourism Department, Sevilla Film Office, Madrid Film Office serta  Kedutaan Besar Malaysia di Madrid.

Drama yang dihasilkan skripnya oleh Amy Aimi, Wira Hijau dan Amin Shakib itu memulakan penggambaran mulai Januari 2017 selama tiga bulan.