Penyanyi Tushee naik angin dengan rakan artis Rohana Jalil bila penyanyi lagu Rayuanku itu menegurnya dengan kata kata yang mengguris hati dalam satu majlis perkahwinan rakan mereka hujung minggu lalu.

Antara luahan rasa Tushee dalam facebook.
Antara luahan rasa Tushee dalam facebook.

Rohana mungkin mahu bergurau bila menegurnya yang sudah lama tak jumpa. Tapi Tushee yang mungkin dalam mood yang tidak baik hari itu menganggap kata-kata tersebut sebagai menghinanya di khalayak ramai.

Perkataan `hidup lagi kau ya… ingatkan dah mati’ yang diucapkan oleh Rohana semasa bertemu dalam majlis perkahwinan kenalan mereka, Mas Mona membuatkan Tushee tersentap.

Gurauan itu dijadikan isu serius dan memuatnaik status yang membuatkan ramai terkejut. Malah Tushee juga menggelarkan Rohana sebagai Ratu Cucuk.

IMG_20160309_52256Posting itu mendapat respons kenalan facebooknya. Ada juga yang menyokongnya.

Ingatkan setelah beberapa hari berlalu, redalah kemarahan Tushee, rupa-rupanya belum lagi surut.

Rohana Jalil di majlis kahwin Mas Mona.
Rohana Jalil di majlis kahwin Mas Mona.

Hari ini pun Tushee baru memuatnaik status yang masih menjurus dan boleh dikaitkan kepada isu yang sama.

Antaranya kata-kata: ‘Orang yang dengki ini tak akan pernah tenteram hatinya, dia akan burukkan kita pada orang lain dan dia akan sebut nama kita pada orang lain. Ingat dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh! Cemburu itu penyakit hati !!!! Sangat busuk !!!! Lebih busuk dari bangkai!!!!’

Tushee di majlis kahwin Mas Mona.
Tushee di majlis kahwin Mas Mona.

Posting terkini Tushee pula berbunyi ‘Semoga kita beroleh kemenangan dalam mengharungi harian hidup yang penuh kepalsuan dan egoistik. Kesabaran dalam memerangi tohmahan, caci maki, hinaan manusia-manusia yang bertepu kedendaman. Yang celik jadi buta, yang dengar jadi pekak. REALITI’