Penyanyi Aizat Amdan bukanlah remaja lagi. Dah masuk 27 tahun pun umurnya. Tapi belum ada cinta lagi ke dia ni? Jawapan mudah… terlalu awal untuk bercinta katanya.

“Saya mahu kumpul duit dulu. Biar banyak duit dulu baru boleh fikir pasal kahwin. sebenarnya kalau boleh saya tak mahu berhutang waluapun dengan keluarga bila nak kahwin nanti,” kata Aizat.