Setelah dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Marsha Milan Londoh mula ditanya pasal anak. Namun dia hanya ambilnya secara positif.

Baginya, tempoh penantian itu dijadikan masa untuk lebih mengenali suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail. Perkenalan sebagai pasangan kekasih dan suami isteri adalah berbeza.

“Di antara saya dan suami, saya yang lebih mahukan anak. Saya pun ada buat pemeriksaan dan doktor memberitrahu kami tiada masalah kesuburan. Semua okey sahaja… cuma belum ada rezeki.

“Mungkin Allah, suruh saya rapatkan silaturahim dengan suami, supaya lebih memahami lagi sebelum ada orang ketiga nanti,” kata Marsha kepada media semasa ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta jenama emas De Lunaria semalam.

Marsha, 34, mengakui seronok menjalani kehidupan rumah tangga kerana sentiasa dikelilingi keluarga tersayang. Apatah lagi dia dan suami tinggal bersama keluarga besar suaminya.

Dia tiada masalah tinggal bersama mertua kerana anggota keluarga sebelah suami sangat rapat di antara satu sama lain.

 

“Banyak kelebihan bila duduk dengan keluarga mertua. Keluarga mertua banyak memberi tunjuk ajar kepada saya,” katanya.

Sementara itu Marsha bakan menjalani penggambaran dua program travelog, Ready Set Action dan Solo Yolo di Bulgria. Dia dan krew berangkat hari ini untuk penggambaran di sana. Suami pun ikut bersama kali ini.

“Biasanya, dia jarang ikut jika saya bekerja, tapi mungkin sebab jauh, jadi dia pun ikut sekali,” katanya.