Bertempat di 9Kedondong Ampang Hilir KL, Kit Rushuhaimin telah berjaya mengumpulkan bekas rakan-rakan PR dari berbagai syarikat rakaman dimajlis iftar yang cukup sederhana. Usaha murni beliau bertujuan untuk meningkatkan ukhuwah dan mempererat tali silaturahim sesama rakan dibulan puasa yang penuh barakah ini.

 

 

 

 

 

Tidak dinafikan mereka-mereka ini adalah tulang belakang diatas kejayaan penyanyi-penyanyi hebat di Malaysia dan juga telah berjaya menaikkan nama penyanyi hingga dipersada antarabangsa.

Kemunculan Primadona lagenda bersuara manja Uji Rashid telah menarik perhatian peminat, ramai yang nak bergambar dengan kak Uji. Diusia begini Uji Rashid masih kekal jelita dengan kecantikan asli. Uji Rashid juga masih aktif menyanyi dan bersedia menerima undangan.

Apapun terima kasih diucapkan kepada Kit kerana sudi menjemput. Salam Ramadan dari Gongang Online.