Setelah berhadapan masalah apabila dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar dadah tahun lalu, pelakon Aidil Aziz akui ada kawan yang menjauhkan diri.

Namun dia tiada masalah dengan situasi itu sebaliknya mengambil pendekatan positif dengan memilih kawancyang membawa ke arah kebaikan sahaja.

“Sekarang saya sudah kenal ¬†yang mana kaca dan yang mana permata dan siapa kawan, siapa lawan,” kata Aidil.

Aidil dibebaskan daripada tuduhan berat berkaitan dadah dan kini kembali menjalani hidup sebagai anak seni.

Dia kini sedang rancak menjalani penggambaran drama bersiri  40 episod Vila Ghazara untuk slot Samarinda, TV3.

“Selepas bebas dulu, saya cuba berehat daripada seni sebab mahu berehat dan mahu hindari perseptif negatif masyarakat terhadap saya.

“Sekarang kebenaran dah terbukti dan mereka yang berpandangan negatif sudah faham kedudukan sebenar kes melibatkan saya dulu,” kata Aidil semasa ditemui di lokasi penggambaran drama itu di sebah banglo di Kajang, Selangor baru-baru inii.

Dalam Vila Ghazara, Aidil berlakon sebagai Adrian Ghazaly, salah seorang anak kepada pasangan Dr. Ghazaly (Mustapha Kamal) dan Zara (Haleeda). Wataknya sebagai seorang bekas pilot yang menghadapi masalah kewangan. Masalahnya bertambah dengan sifat isterinya, Sofea (Tengku Anis) yang boros dan hidup gaya mewah.

“Inilah lakonan pertama saya selepas bebas daripada kes dahulu. Sebelum ini saya ada terima tawaran lain, tapi saya menolak sebab mahu fokus kepada bisnes makanan yang saya usahakan.

“Tapi inilah yang dikatakan rezeki. Saya akui pada mulanya agak kekok juga bila kembali ke lokasi. Tapi alhamdulillah rakan-rakan pelakon banyak membantu, malah ada yang pernah berlakon bersama sebelum ini.

“Sekarang inilah satu-satunya drama dan saya tolak dahulu tawaran lain untuk memberi tumpuan kepada Vila Ghazara,” kata Aidil pasal Vila Ghazara arahan Feroz Kader diterbitkan oleh Excellent Pictures itu.

Pelakon lain termasuk, Shukri Yahaya, Azira Shafinaz (DeFam), Elly Mazlein, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem dan ramai lagi.