Penyanyi popular Liza Hanim kehilangan ayahnya Abdul Halim Abdul Razak hari ini.

Ayahnya meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia malam ini. Liza memaklumkannya menerusi laman sosialnya malam ini.

Allahyarham mendapat rawatan di hospital itu selama beberapa hari. Malah Allahyarham menyambut Aidil Fitri di katil hospital.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Klang dan akan dikebumikan esok. Alfatihah.

Foto Aidilfitri lalu.