Semasa memutuskan melaksanakan acara bacaan pusi luahan hati penderitaan masyarakat Islam Rohingya, gambarannya hanyalah sebuah acara santai yang menghimpunkan ramai seniman tanah air.

Alhamdulillah acara Doa Untukmu Rohingya yang dibawakan oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia pada 1 Januari 2017 di Laman Santai Istana Budaya itu menjadi satu acara berskala besar.doa-2-jpg

Izzue Islam berpuisi dengan linangan air mata sayu.
Izzue Islam berpuisi dengan linangan air mata sayu.

wham-roh-logoSemuanya berkat usaha murni dan sokongan ikhlas semua yang terlibat. Tanpa penajaan besar acara itu nampak gah kerana kerjasama banyak pihak khususnya artis ternama yang sudi turun padang secara sukarela.

Sahara Yaacob bersama anak-anak Rohingya.
Sahara Yaacob bersama anak-anak Rohingya.

Kerjasama Dua Laris Event yang menyediakan khemah serta Platinum Apple Communication dengan sistem bunyi, tata cahaya dan skrin LED menampaknya acara tersebut bagaikan skala besar yang menelan bajet tinggi.

Bila ada pemuisi sendiri yang menganggap itulah acara pembacaan puisi bertaraf antarabangsa, WHAM sebagai penganjur amat menghargainya. Nampaknya usaha murni itu dihargai banyak pihak.

Nora dan Amy Search turut berpuisi.
Nora dan Amy Search turut berpuisi.

Tujuannya hanya satu, menghimpun seniman tanah air meluahkan rasa prihatin terhadap penganiayaan yang sedang dilalui masyarakat Rohingya.

Media dan seniman mahu bersama-sama meluahkan rasa terhadap masalah global itu, apatah lagi selama ini wartawan dan artis sering dilebelkan sebagai golongan yang hanyak berada dalam kelompok dunia hiburan semata-mata.

Syamel dan Ernie Zakrie menghiburkan pengunjung.
Syamel dan Ernie Zakrie menghiburkan pengunjung.

“Program bersifat kemasyarakatan ini adalah himpunan rasa  para seniman tanah air yang turut terkesan setelah melihat apa yang berlaku di Myanmar.. Mereka turut berduka dan menangis ke atas nasib yang berlaku kepada saudara seagama.

“Justeru, WHAM mahu menggabungkan suara-suara hati itu yang diluahkan dengan satu suara iaitu Doa Untukmu Rohingya yang menghimpunkan 1,000 orang seniman dalam acara ini,” kata Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Aiman Tino pun bijak berpuisi.
Aiman Tino pun bijak berpuisi.

Acara selama sepuluh jam tanpa henti bermula pukul 2.00 petang dan akan berakhir pada pukul 12.00 tengah malam itu menampilkan Datuk Hattan, Datuk Siti Nurhaliza, Neelofa, Erra

Erra Fazira di booth jualan amal lukisan.
Erra Fazira di booth jualan amal lukisan.

Fazira, Johan Asaari, Zarul Umbrella, Azharina, Amy Search, Abby Fana, DJ Lin, Izreen Azminda, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Wilma Muhammad, Sahara Yaacob dan Siti Sarah.

Turut terlibat pelakon Tasha Shilla, Norzizi Zulkifli, Zaiton Sameon, Aizat Amdan, Nora, Nubhan, Ayai, Nabil Ahmad, Saiful Nizam, Raja Azmi, To’ki, Aiman Tino, Raihan, Janna Nick, Mark Adam dan Tomok.

Dari kiri, Elly Suriaty, Zaidin Saidin, Rozita Che Wan, Erra Fazira dan Tasha Shilla.
Dari kiri, Elly Suriaty, Zaidin Saidin, Rozita Che Wan, Erra Fazira dan Tasha Shilla.
Tomok bawa anak ke atas pentas terbuka buat kali pertama.
Tomok bawa anak ke atas pentas terbuka buat kali pertama.

Ellie Suriaty, Izzmad Harun, Ernie Zakri, Syed Syamim, Zack KOOL, Aisha Hasnaa, Tajul Arif dan ramai lagi termasuk kumpulan Sahabat dan beberapa kumpulan buskers lain turut memeriahkannya.

Ahli puisi yang terlibat termasuk Prof Dr. Lim Swee Ting, Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, penyair Awang Abdullah, Zainal Rashid Ahmad, Prof. Datuk Rahman Saari, Ruqaiyah Hashim  dan ramai lagi.

Masing masing berharap luahan hati lewat puisi ini akan sampai ke hati setiap orang yang mendengar agar timbul kesedaran untuk membantu dalam apa sahaja bentuk.

Aizat mencipta sebuah lagu yang ditujukan khas kepada mangsa penindasan alaf baru termasuk Rohingya, Syria serta rakyat Palestin.

Dia terpanggil menghasilkan lagu sebagai dedikasi seorang anak seni yang prihatin terhadap apa yang sedang berlaku.

“Saya harap program sebegini tidak akan berhenti di sini sahaja dan ada susulan… mana tahu selepas ini ada pihak yang mahu membantu mereka,” kata pelakon popular Erra Fazira.

Sememangnya WHAM juga tidak mahu menokhtahkah Doa Untukmu Rohingya setakat 1 Januari 2017 sahaja sebaliknya akan memanjangkannya.

Puisi puisi yang dihimpun untuk acara tersebut dalam proses untuk dibukukan. Selain puisi nukilan sasterawan hebat, orang ramai juga turut mengirim puisi yang dibacakan oleh artis yang terlibat.

WHAM berharap dokumentasi itu akan menjadi buah tangan luahan hati semua rakyat Malaysia terhadap nasib yang menimpa saudara Islam bangsa Arakan di Myanmar.