Penyanyi muda, Baby Shima sudah lama mencuba nasib sebagai penyanyi. Pernah ada single dahulu semasa menjadi artis di bawah naungan Adam, namun namanya tak ke mana. Rezekinya agak cerah apabila syarikat Nagaswara di Indonesia tawar dia jadi artis di sana.

Baru-baru ini dia tular gara-gara dimarahi oleh Mas Idayu dalam program Akademi Dangdut Asia. Ungkapan ‘Ada nampak Mummy Happy?’ jadi tular. Walaupun perit, insiden itu telah mempopularkannya.

“Dulu jarang dapat undangan show di Malaysia, maklumlah masa itu Shima kurang popular. Kini Alhamdulillah tawaran show semakin lebat,” kata pengurusnya, Andi.