Ingat tak nama Baby Rose? Seorang bakat baru yang pernah gempar pada awal tahun 2000 kerana berani bergaya seksi.

Malah ungkapannya ‘Seksi Itu Indah’ masih diperkatakan sehingga kini. Dia pernah tular, tapi zaman itu belum ada media sosial seperti kini.

Baby Rose hari ini

Kalau zaman tu dah ada kisah tular pasti nama Baby Rose lebih hangat. Kini Baby Rose kembali aktif.

Rose menyanyi dalam satu majlis.

Baby Rose atau kini mahu dikenali sebagai Rose sudah ada single baharu. Dia jadi penyanyi pulak.

Baby Rose yang dulu

Semasa remaja dulu Baby Rose mahu kejar hasrat nak jadi pelakon, namun kurang menjadi.

“Dulu saya tak menyanyi, sekarang ini baru ada minat nak menyanyi dan saya sudah rakam satu single,” jelas Rose atau nama penuhnya Rosani Hussain.

Ibu kepada dua anak itu juga berjinak jinak dalam perniagaan kecantikan dan akan memasarkan produk kecantikan berasaskan plasenta tidak lama lagi.