Azri Sabri, nama yang belum lagi dikenali dalam industri seni tanahair, tapi nama itu cukup sinonim dikalangan agensi pencarian bakat baru dan juga dikalangan pihak produksi yang menjalankan kerja-kerja iklan.

Azri di antara bintang iklan yang cukup laris di Malaysia buat masa kini. Diantara iklan tv komersial yang pernah dibintangi adalah “AEON Tahun Baru Cina”, “100plus dahagakan bola Rio” dan Senheng.

Wajahnya juga muncul dalam kempen Unitar HND video promo yang masih lagi belum ke udara, filem pendek “Healwell Gamogen” juga masih belum ke udara dan yang  terbaru Azri memegang watak pembantu bergandingan dengan Uqasha Senrose dan Raja Afiq dalam iklan Nivea bagi kempen bulan Ramadhan ini.

azri 5

Pemuda berkulit putih kemerah-merahan ini sukakan aktiviti lasak. Azri banyak menghabiskan masa dengan mendaki, wall climbing, paintballing dan yang paling digemari adalah surfing.

Menurut Azri buat masa kini dia tidak mempunyai kerja tetap. Azri telah berhenti dari kerja tetap sejak dari bulan Disember 2014. Kemudian Azri terus pergi mengembara ke Timur Tengah dan juga Timur Indonesia, berulang alik selama setahun.

Tumpuan Azri buat masa kini adalah menjadi pelakon iklan sambilan untuk tv komersial, video korporat dan video promo. Azri juga membuat kerja sambilan di sebuah syarikat pelaburan Unit Trust.

azri 1

Pemuda berusia 27 tahun ini juga mempunyai minat yang mendalam dibidang lakonan. Jika diberi peluang pastinya Azri tidak akan menolak, apatah lagi dengan pakej lengkap yang dimilikinya.

Gondang Online akan cuba memperkenalkan Azri dengan beberapa pengarah filem dan drama hebat tanahair, Gondang yakin jika digilap bakat anak muda ini, berkemungkinan beliau akan menjadi idola ramai dan berdiri sebaris dengan pelakon hebat seperti Shaharul Ridzwan, Fattah Amin dan lain lain.

Gondang ingin mengucapkan Selamat maju jaya buat Azri dibidang yang diceburi, jaga tingkah laku, berdisplin dan yang paling penting sekali usah mudah lupa diri. Insya-Allah berjaya.

azri 3azri 4Azri 2