OPelakon veteran Datuk Aziz Singah kembali ke rahmatullah sekitar pukul 11.30 malam tadi.

Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh anak arwah, Ruzaimi Aziz melalui akaun facebook peribadinya.

Allahyarham semasa dirawat di Pusat Kanser Negara semalam.
Allahyarham semasa dirawat di Institut Kanser Negara, Putrajaya semalam.

Aziz yang popular menerusi drama bersiri PJ Holding pada tahun 80-an meninggal dunia selepas menderita penyakit kanser prostat tahap empat.

Sebelah siang semalam ramai yang mendoakannya apabila gambarnya semasa di Institut Kanser Negara, Putrajaya dimuatnaik semasa dilawati rakan artis termasuk Datuk Yusof Haslam.

Allahyarham dibawa pulang oleh keluarga ke rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan sekitar pukul 10.00 malam dan meninggal dunia sekitar 11.30 malam.IMG_20160702_13559

Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan sebelum Zuhur hari ini.