Penyanyi Azharina masih terus hasilkan single demi meneruskan aktiviti seninya. Dia bakal merakam lagu terbaru yang ditulis oleh DJ Fuzz. Pasti muziknya berbeza dengan lagu-lagunya sebelum ini.

IMG_20160218_28540Azharina mahu hasilkan kelainan dengan lagu yang menepati cita rasa anak muda. Apatah lagi  singlenya sebelum ini kurang menjadi.

Sementara itu Azharina nampak makin menyepi. Bukan mahu berehat sebaliknya sibuk dengan perniagaan, khususnya penerbitan program TV menerusi syarikat penerbitannya di Sabah.

IMG_20160218_14645Dia fokus kepada penerbitan pengisian yang menampilkan keindahan bumi Sabah. Dia lebih menjurus ke arah itu kerana lebih seang berurusan memandangkan dia sendiri warga Sabah.

“Kalau ada penggambaran, saya kerap juga ikut kerana saya memang minat walaupun terpaksa berdepan dengan keadaan mencabar.

“Kalau dah ada di lokasi penggambaran saya dah lupa yang saya ini seorang penyanyi dan saya buang diri saya sebagai seorang yang glamor.¬†Bila di set saya ialah seorang krew penerbitan,” katanya.