Makin laris pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sekarang. Kemenangan dalam beberap aanugerah pilihan peminat menaikkan lagi namanya. Terkini dia dilantik sebagai duta produk Gintell pula.

Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta produk dilihat sebagai langkah strategic GINTELL untuk mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. Ayda menjelaskan yang moto GINTELL “Health Love Life” serasi dengan dirinya yang memang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang keluarga dan diri sendirinya.ayda-g-2Ayda Jebat dilihat dapat membantu untuk memperkenalkan rangkaian GINTELL De’Vano S yang lebih bercitarasa muda. Ayda Jebat menjelaskan kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi menuntut masa yang tidak menentu dan ini memberinya tekanan dan kadang kala menjejaskan kesihatan.

Bagaimanapun, kini dengan adanya sofa urutan GINTELL De’Vano S di rumah, Ayda Jebat dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan akibat kerja pada bila bila masa. Penampilan juga adalah penting bagi Ayda dan dia yakin ciri yang terdapat pada GINTELL De’Vano S menyempurnakan bentuk tubuhnya agar terus tampil anggun.

Sebagai duta, Ayda Jebat akan muncul di rangkaian pemasaran dan promosi produk terbaru GINTELL iaitu GINTELL De’ Vano S FUNtastic Sofa.

Left to Right: Ms Aly Wong (A&P Manager), Mr Micheal Low (General Manager), Ms Sherry Heng (Manager, AEON Mall Shah Alam), Dato’Goh Cheh Yak (Group Managing Director), Mr Veerasimir Prashan Chitty (Managing Director of Paranormal Talents Sdn Bhd), Mr Simon Hue (COO- Chief Operating Officer), Mr CK Moo (General Manager), Mr Jordan Wong (Senior Finance Manager) & Ayda Jebat (Gintell New Brand Ambassador / Singer & Actress)
Left to Right:
Aly Wong (A&P Manager), Micheal Low (General Manager), Sherry Heng (Manager, AEON Mall Shah Alam), Datuk Goh Cheh Yak (Group Managing Director), Veerasimir Prashan Chitty (Managing Director of Paranormal Talents Sdn Bhd), Simon Hue (COO- Chief Operating Officer), CK Moo (General Manager), Jordan Wong (Senior Finance Manager) & Ayda Jebat.

GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan bergaya moden, kontemporari, ergonomik , diperkemas dengan fabric ultra-trendy berwarna ceria, ringan dan mudah diangkat ke mana sahaja. GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah pilihan yang tepat dan sempurna untuk kediaman dan juga pejabat.

GINTELL De’ Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan pertama yang mempunyai kontur urutan terpanjang. Lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang mengurut dari leher, pinggul dan paha. Teknologi penggelek urut berhaba 3D merangsang pengedaran darah dan metabolism yang penting untuk mengurangkan sakit badan.ayda-g-4

Ciri beg tekanan udara S-Flex pada sofa urutan ini membentuk dan membetulkan pinggul dan paha untuk memastikan anda terus tampil anggun .Saiz sofa yang kecil memudahkan anda untuk meletakkan ia di rumah, di tempat kerja atau di tempat kesukaan anda. Sofa ini mempunyai empat sistem kawalan yang mudah dan mesra pengguna.

Kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara sekarang untuk menikmati tawaran yang hebat. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-6332 atau layari Facebook GINTELL MALAYSIA dan GINTELL WeChat atau laman web rasmi GINTELL di www.gintell.com.