Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berharap peluang merakam lagu animasi Walt Disney dalam Bahasa Malaysia boleh membuka peluang baginya melangkah ke peringkat antarabangsa.

Ayda diberi kepercayaan merakam lagu How Far I’ll Go petikan filem animasi  Moana dalam Bahasa Malaysia dengan judul  Bawaku Berkelana. Filem itu bakal ditayangkan di Malaysia 1 Disember ini.