Penyanyi rock Awie selamat mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan wanita yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana Syed Shamsuddin di Thailand hari ini.

Video majlis pernikahannya yang kedengaran suara bercakap Melayu Thai dan berbahasa Thai tersebar di laman sosial hari ini. Khabarnya dia bernikah di Masjid Besar Wilayah Songkla, Thailand.

awie-2Sebelum ini Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, sememangnya mengumumkan kepada media pasal perancangan bernikah hari ini namun tidak didedahkan secara lengkap tempat dan masanya.

Khabarnya majlis resepsi Awie dan Ladyana, 29, akan diadakan malam ini.

Perkahwinan pertama Awie bersama penyanyi Arni Nazira Anuar pada tahun 1998 hanya bertahan selama lapan tahun.

Vokalis kumpulan Wings itu berkahwin dengan Rozana Misbun pada tahun 2006 semasa masih bergelar suami kepada Arni.

Perbicaraan pasal status rumah tangga  dan tuntutan-tuntutan berkaitannya di antara Awie dan Rozana masih berterusan di Mahkamah Tinggi Syariah.