Demi Konsert Malam Nada Biru yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Mac 2016 ini di Istana Budaya, Atilia Haron bersama ibunya penyanyi Salamiah Hassan begitu gigih sampai tak tidur malam menjual tiket sendiri. Berikutan tanpa penaja, Atilia menguruskan segala-galanya sendiri dalam usaha memastikan konsert ini berjalan dengan jayanya.

Konsert Jazz dan R&B ini akan menampilkan barisan artis ternama dan berpengalaman seperti Datin Paduka Julie Sudiro, Salamiah Hassan, Datuk Yusni Hamid, Jaclyn Victor, Najwa Mahiaddin, Dina dan Atilia sendiri dengan harga tiket yang murah iaitu RM80 sahaja.

Tiket boleh dibeli di box office Istana Budaya atau boleh memesannya menerusi e-mel atiliaharon@gmail.

11401506_10206677496713363_6743926366641133431_n