Khabar mengejutkan awal pagi ini dengan kematian mengejut pelakon Malaysia yang berlakon di Indonesia, Ashraff Sinclair pukul 4.00 pagi ini.

Suami kepada penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari atau BCL itu meninggal kerana serangan jantung. Arwah berusia 40 tahun.

Ia disahkan oleh pengurus Bunga, Doddy kepada media di Indonesia.

“Ya (benar meninggal),” kata Doddy kepada Kompas.com menerusi mesej WhatsApp hari ini

Menurut Doddy, Ashraf mengalami serangan jantung.

Ashraf Sinclair lahir di London pada 18 September 1979.

Adik kepada model Aishah Sinclair dan abang ipar Yuna itu mulai dikenal sejak berlakin dalam filem Gol dan Gincu (2005).

Ashraf kemudian menikah dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Dia berhijrah ke sana dan meneruskan karier di Indonesia sehingga kematiannya. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Noah.