Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ashman Najib, memuji Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semasa mereka bertemu dalam satu majlis.

Ashman menyifatkan pertemuan itu sebagai satu saat yang manis dan dia gembira berjumpa dengan menteri muda dan ceria tersebut.

Ashman memuatnaik foto dirinya dirangkul bahu oleh Syed Saddiq dengan caption yang berbunyi positif serta menyokong.

“Walaupun kita berbeza pandangan, kita perlu mengamalkan politik matang dan sejahtera, Nice to finally meet you Bro,” tulis Ashman.