Diam tak diam Opera Klasik Kafe & Bakeri milik pengarah drama dan filem tersohor iaitu Rashid Sibir telahpun berusia setahun. Ia dibuka pada 1 Januari 2015 tahun lepas dan beropersi di pusat bandar Rawang sehingga kini.

Rashid Sibir juga menjadikan restorannya sebagai lokasi penggambaran.
Rashid Sibir juga menjadikan restorannya sebagai lokasi penggambaran.

Beliau yang mula dikenali melalui arahan drama bersiri ‘Mat Despatch’ pada era 90-an masih lagi aktif di bidang pengarahan.

Nurul Huda Azizi, 34, isteri beliau selaku pengurus begitu bijak sekali dalam menggalas tanggungjawab yang diberi, ternyata ianya membuahkan hasil dan restoran pasangan bahagia ini dapat bertahan sehingga kini.IMG-20160212-WA0031

Beliaulah yang bertanggungjawab dalam memilih menu masakan ala kampung yang terbaik untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Selain mee bandung Muar, asam pedas merupakan menu yang cukup popular di restoran Opera Klasik. Terdapat asam pedas ikan pari, ikan kembung, ikan jenahak, telur ikan duri, ikan merah, ikan tenggiri, daging tetel dan juga asam pedas udang galah.

Makanan epik pun ada seperti ubi rebus, roti jala serawa durian, pulut durian dan lempeng kelapa sambal sardin merupakan menu kampung yang cukup digemari pelanggan.

Menurut Rashid sambutan yang diterima dari rakan artis, peminat dan orang ramai begitu menggalakkan sekali. Selain dari menyediakan menu masakan kampung kini beliau dan isteri telah menambah menu masakan barat pula.

Mee bandung Muar
Mee bandung Muar

Opera Klasik Kafe & Bakeri juga menerima tempahan untuk majlis keramaian seperti majlis harijadi atau apa saja majlis, menu akan disediakan untuk dibuat pilihan.

Untuk sebarang petanyaan atau tempahan bolehlah hubungi di talian berikut:
Nurul Huda: +603-6091 0937
Kafe & Bakeri Opera Klasik,
51, Jalan Bandar Rawang 8,
Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Kafe & Bakeri Opera Klasik, 51, Jalan Bandar Rawang 8, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor
Kafe & Bakeri Opera Klasik,
51, Jalan Bandar Rawang 8,
Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor
Asam pedas Opera Klasik
Asam pedas Opera Klasik
Asam pedas udang galah
Asam pedas udang galah

 

IMG-20160212-WA0033