Pelakon Ummi Nazeera akan bernikah dengan Dr. Izzar Anwari Mohd Khani pada 3 Ogos ini di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Kad undangannya pun dah siap.

Kad undangan ke majlis resepsi pertama yang akan diadakan pada 5 Ogos ini siap mendapatkan khidmat artis (pelukis) menulis nama tetamu jemputan VVIP bagi memastikan tulisan yang cantik dan berseni.

Dalam kenyataan kepada media sebelum ini, Ummi akui  dia agak tertekan menjelang hari  bahagia  sebab banyak perkara yang kena uruskan.  Apatah lagi majlis sebelah pihaknya  sahaja ada empat iaitu  berinai (2 Ogos), nikah (3 Ogos), resepsi pertama (5 Ogos) dan resepsi kedua (12 Ogos). Majlis sebelah pihak lelaki pula dijadualkan pada 19 Ogos.

“Saya sendiri mahu memberikan cenderahati yang terbaik untuk tetamu yang hadir nanti.  Nak uruskan sesi fitting baju kahwin sendiri  dan baju pengapit lagi. Tapi insya-Allah semua akan dipermudahkan.

“Kad kahwin pun baru siap untuk tetamu VVIP.  Untuk tetamu lain, kad hanya akan siap tak  lama lagi. Jadi harapnya beberapa hari lagi  sudah boleh diedarkan kad kahwin untuk tetamu  termasuk rakan media,” katanya.

Sebelum bergelar isteri orang, Ummi akan ke lokasi penggambaran drama Chor & Chah musim kedua mulai 15 Julai. Dia bergandingan dengan Saharul Ridzwan.

Sementara itu, Ummi  menjanjikan membekalkan gambar dan kenyataan kepada media pasal pernikahannya nanti kerana dia memilih mengadakan majlis secara tertutup untuk ahli keluarga sahaja.

“Pihak pengurusan saya akan memudahkan  kerja wartawan dengan menyediakan semua  maklumat dan keperluan mengenai butiran hari  nikah itu nanti,” jelasnya.