Pengarah drama Shahrulezad Mohameddin naik hantu bila ada pengurus seorang pelakon wanita baru yang minta RM7K untuk satu episod drama bersiri.

Jawapan yang diberikannya mudah sahaja, menolak nama pelakon itu daripada menyertai projek yang bakal dijalankannya.

“Apa? Satu episod sejam manager ko mintak aku RM7k? Nexxxttt… ko hengat artis ko Salena Gomez!? *Its ur right to put ur price and my right and duty to turn it down babe,” tulis Ezad dalam laman sosial Facebooknya.

Ezad tak layan artis demand

Bukan setakat itu sahaja, Ezad juga berjanji akan kembali menawarkan pelakon itu watak dalam terbitannya apabila sudah tua dan tidak popular macam sekarang. Siapa agaknya pelakon wanita itu ya?

“Abam ni senang jer. Mana mana artis yg hilang akal letak harga ikut sedap derang. Abam buat bodo jer carik lain. Tunggu besok awak dah tak der nilai. Dah tak berapa laku.Tetek pun dah kendur labuh macam tetek lembu kat Kundasang ni haaaa…masa tu la baru ambik abam berlakon dengan abam yer dik.

“Masa tu watak yg nak bagi pun watak watak bibik jer. Bayar pun pakai kampit beras. Masa tu jangan banyak songeh tau mintak itu ini. Memang kena sembur la dgn mak hayam jawabnya. Hahahaha.

“So selagi awak tengah popular ni awak letak ler harga tinggi langit pun abam tak heran. Tu hak awak. Dan hak abam pulak utk tolak. So tak yah ler kalau terserempak dengan abam kat luar pura pura tanya kenapa abam tak sudi ambik awak berlakon dengan abam yer kalau dah rega yg management awak letak cekik darah macam tu,” sambung Ezad lagi.