Pelakon Arja Lee meluah rasa kecewa bila ada stesen TV yang memangkah namanya apabila disenaraikan oleh penerbit.

Tanpa menyebut nama stesen tersebut, dapat diagak ia ditujukan ke sebuah stesen TV swasta.

Sebelum ini banyak aja kelibat Arja di sebuah stesen swasta itu. Tapi akhir akhir ini ghaib kelibatnya. Ada masalah ke?

“Tak tahu ape yang stesen TV or the person incharge yang asyik nak reject dan suker2 hati tolak nama seorang anak seni yang ikhlas dan Sungguh2 berjuang dalam industri “ ARJA LEE “ seiap kali nama itu dihantar or disubmit ke atas.

“Apa salah dan dosa dia? Come on lah please be profesional and fikir sudut2 yang lain before buat decision . THIS IS TOO MUCH seriously!

“Jangan tanya ke mana dia hilang dan mencipta nama di negara orang lain . I’ll say and I’ll do it for my future for my dreams,” tulis Arja di laman Facebooknya hari ini.

Sebelum ini kita dengar ada stesen yang menolak pelakon lama untuk memainkan watak ibu, sebaliknya mahukan ia dimainkan oleh pelakon lebih muda.

Ada kes yang menampilkan watak si ibu yang kelihatan muda atau sebaya dengan pelakon wagak anaknya.