Bila pelakon muda kahwin awal, ada yang berasakan orang itu akan kehilangan peminat atau popularitinya bakal menurun. Nama hero muda, Hafidz Roshdi juga antara yang dikatakan macam itu.

Yalah sebab semasa namanya mula menjadi sebutan, dia memutuskan untuk menamatkan alam bujang pada usia 22 tahun, baru-baru ini.

IMG_20160515_10414Hafidz sedar peminat yang meminati personalitinya mungkin ada yang kecewa bila dia membuat keputusan kahwin muda. Namun pelakon itu berharap sedikit demi sedikit peminat akan menggemari lakonannya.

“Saya anggap ini ketentuan yang saya berkahwin pada usia muda. Saya anggap jodoh saya sudah sampai,” kata Hafidz semasa ditemui pada majlis menandatangani kontraknya sebagai duta produk kesihatan Maria Miracle di Restoren Garage Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Kepercayaan pengeluar jenama itu juga membuktikan perkahwinannya bukanlah tanda nama mulai merudum. Sebaliknya dia lebih dipercayai selepas bergelar suami.

“Saya harap kerjasama dengan Maria Miracle ini juga akan membantu kerjaya saya. Saya akan terlibat dalam program promosi yang mereka anjurkan,” kata Hafidz yang kini semakin sibuk dengan beberapa projek.IMG_20160515_53366

Dia akui produk Maria Miracle serasi dengannya setelah menggunakannya terlebih dahulu. Sebab itulah tawaran menjadi duta disambut baik.

Malah Equal Herbs, pengeluar produk itu mahu buat kelainan dengan memilih duta lelaki berbanding produk kecantikan lain yang lebih menjurus kepada selebriti wanita.

Mereka mahu menarik pengguna wanita dan lelaki mencuba produk yang mereka keluarkan.

Maria Miracle ialah serbuk kolagen yang mengandungi ekstrak strawberi, L-Cystein, Asthaxanthin, asid askorbik dan L-Arginine yang berperanan sebagai agen pemutihan kulit.

IMG_20160515_27220