Setelah lima tahun, barulah penyanyi Anuar Zain muncul dengan album penuh. Album berjudul Anuar Zain yang memuatkan lagu berhantu Andainya Takdir itu sudah ada di pasaran.

Memandangkan jumlah kedai jualan muzik semakin hari semakin mengecil, pihak penerbit, Anuar Zain Network mencari alternatif lain.

img_20161001_2912Album edaran Universal Music itu boleh didapati di rangkaian pasaraya Mydin di seluruh negara serta di pusat jualan online, Lazada. Ada yang tanya, tak gentarkan dia dengan pasaran album yang semakin suram dan merudum kini?

“Ya saya sedar pasaran album kini semakin merudum. Adakah bila pasaran merudum kita sebagai penyanyi juga kena merudum juga? Saya tak fikir sangat pasal jualan album, kerana saya percaya pulangan akan boleh didapati daripada sumber lain.

“Saya hasilkan album ini untuk memenuhi penentian peminat yang mahukan lagu-lagu baru daripada saya. Saya harap mereka menerima album ini dengan baik,” kata Anuar yang turut merakam semula lagu Hujan nyanyian asal Datuk Sudirman.img_20161001_52894 anuar

Album tersebut memuatkan lapan buah lagu termasuk  Kembali, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.

Dia juga menganggap penghasilan album ialah satu tanggungjawab seseorang penyanyi. Kalau penyanyi tidak menghasilkan album kerana bimbangkan pasaran yang tenat, industri tentunya akan menjadi semakin tenat.

Sementara itu, semestinya lagu-lagu daripada album terbaharu akan dipersembahkan semasa dia memenuhi undangan mengadakan persembahan nanti,  jadi bertambahlah senarai lagu dalam persembahannya selain mempersembahkan lagu popular sedia ada.

Itu juga salah satu punca seseorang penyanyi mendapat pulangan daripada kos mengeluarkan sesebuah album. Apatah lagi Anuar mengeluarkan kos yang mahal melalui album terbaru itu. Walaupun enggan menyatakan jumlahnya, namun hasil yang dilihat daripada kualitinya mencerminkan kos.

“Saya berterima kasih kepada semua penaja yang terlibat dalam pembikinan album ini, tanpa sokongan penaja, tak mungkin saya boleh menyelesaikan semuanya dengan baik,” kata Anuar yang juga membuat klip video lagu Andainya Takdir arahan Amor Rizan.

Serentak dengan pemasaran album itu, Anuar juga dijadualkan mengadakan promosi bertemu peminat di Mydin terpilih di seluruh negara. Dia juga mendapat tajaan jenama kosmetik Wonder Glow.img_20161001_17995