Belum reda lagi kisah persembahan terbaik Suffian Suhaimi pada Anugerah Juara Lagu 33 anjuran TV3 malam tadi.

Wall Facebook masih hangat lagi komen pasal persembahan meruntun hati penggemar dan memakan hati haters itu.

Persembahan lagu Di Matamu yang sesuai diberi tema Pelamin Anganku Musnah itu meresap ke hati penonton malah mengoncang jiwa seseorang yang sedang beribadah di tanah suci.

Suffian yang digelar Baby Pian itu mendapat simpati ramai pemerhati. Ada yang tumpah air mata menonton.

Banyak sekali komen membina diberikan oleh rakan artis, peminat dan orang awam. Rata rata mengakui sebak dan simpati dengan dirinya.

Saluran Youtube rasmi TV3 yang memuatnaik persembahannya sejurus selepas itu muncul video paling pantas meraih tontonan sedunia.

Ada juga yang melihatnya pada pandangan berbeza. Pelamin bunga bungaan dan chandelier yang jadi prop dibandingkan dengan pelamin kahwin Elfira Loy.

Dalam banyak yang meluah simpati dan memuji persembahannya, muncul kicauan perli bekas tunangnya, Elfira yang mendoakan kejayaan. Namun tulisannya dibaca netizen sebabai sindiran.

Bertalulah kecaman dilemparkan kepada Elfira yang baharu lebih sebulan berkahwin itu. Dia ditegur untuk fokus ibadah tanpa perlu ambik kisah pada persembahan pentas orang lain.

Adiknya juga dikecam kerana menuduh Pian tidak move on dan menggunakan Elfira untuk tagih populariti dalam satu entry Twitter.

Penyokong Pian mempertahankan penyanyi kacak itu dengan mengatakan, Elfira sebenarnya raih populariti hasil kisah putus tunang dengan Pian.

Suffian kala diminta pandangan pasal kicau Elfira hanya ambil sudut positif dan berterima kasih kepada pelakon itu.

Dia juga tidak mahu fikir kalau ia satu sindiran dan hanya mahu berfikiran positif. Lagi nampak hebat dan dikasihi Pian dengan pendirian itu.