Kuala Lumpur, 29 September 2017 – Antabax, rangkaian produk penjagaan diri anti-bakteria Halal nombor 1 di Malaysia, meraikan POWER Malaysia menerusi pertandingan melukis graffiti secara live. Seramai 14 artis graffiti yang terbaik dalam negara serta krew masing-masing berentap untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, di Balai Seni Negara.

Cabaran melukis graffiti secara live itu merupakan hasil daripada Pertandingan Grafitti Antabax POWER 2017 yang berlangsung selama sebulan sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60. Bertemakan POWER Malaysia, artis-artis graffiti dari seluruh negara dicabar untuk mentafsirkan semangat dinamik serta keunikan negara ini.

Pertandingan itu menerima ratusan penyertaan secara dalam talian yang kemudian disenarai pendek menjadi 55 sebelum 14 orang artis serta krew mereka dilpilih, simbolik dengan 14 buah negeri di Malaysia. Mereka disenarai pendek oleh para juri daripada Balai Seni Negara, artis-artis graffiti terkemuka dan wakil-wakil Antabax.

Hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 untuk pertandingan ini dipercayai antara yang paling besar pernah ditawarkan dalam pertandingan graffiti di Malaysia. Finalis hanya diberi masa 3.5 jam untuk menyiapkan panel sebesar 2.4m kali 2.4m dengan visi mereka tentang Malaysian POWER. Cat semburan merupakan medium utama.

Pertandingan melukis graffiti live Antabax dimenangi oleh Mohd Zulfadli Bin Ahmad Nawawi (Akid1) yang menerima wang tunai sebanyak RM7,500; tempat kedua pula dimenangi oleh Mohd Zaki Bin Nordin (Escapeva) dan menerima hadiah wang tunai RM4,500; sementara Siek dan Katun (3 Serangkai) merebut tempat ketiga dan membawa pulang RM2,500 dalam pertarungan graffiti yang sengit ini. Sebelas pemenang hadiah saguhati masing-masing menerima RM500. Semua finalis juga menerima hamper Antabax dan cat sembur bernilai RM200 setiap seorang. (Sila rujuk appendix untuk senarai penuh pemenang dan hadiah).

Pertandingan melukis graffiti secara langsung itu dinilai oleh Ketua Kurator Balai Seni Negara, En Majidi Amir; Kurator Kanan Balai Seni Negara, En Bakhtiar Naim Jaafar; Pengurus Kanan Jenama, Produk Isi Rumah & Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oils, Pn Mandy Lee dan artis grafiiti tanah air terkemuka, Bee dan Bone Alfie.

Satu klinik melukis graffiti untuk mereka yang berusia di antara lapan hingga 18 tahun turut dijalankan oleh Bee dan krew artis graffiti dari District Gallery. Ia bertujuan memberi inspirasi kepada artis graffiti generasi akan datang dengan mengajar mereka tentang cara mengendali tin cat yang betul (can-handling), teknik-teknik asas, prosedur keselamatan dan kebersihan.

Antabax ialah satu jenama produk penjagaan diri dari Malaysia yang terkenal dengan perlindungan anti-bakteria selama 24 jam. Ia dinamakan sebagai jenama paling pantas berkembang di Malaysia dalam kategori produk penjagaan diri anti-bakteria[1] dan semua produknya disahkan Halal.

Jenama ini telah mengetengahkan seni, budaya dan aktiviti warisan Malaysia menerusi pelbagai kempen yang memenangi anugerah serta mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat, di samping berjaya merapatkan hubungan di antara komuniti.

Kempen Antabax POWER merupakan inisiatif terkininya ke seluruh negara. Selain pertandingan Graffiti, kempen ini turut melibatkan permainan zaman sekolah, Juara POWER Antabax.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah & Produk Penjagaan diri, Divisyen Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng berkata, “Kempen Antabax POWER meraikan apa yang membuatkan Malaysia sebuah negara yang unik melalui semangat dan POWER warganya. Interpretasi tentang apa yang membuatkan Malaysia hebat mungkin berbeza, tetapi perasaan dan asas kehebatannya ada di sana.”

Beliau turut memperkenalkan permainan zaman sekolah Juara POWER Antabax sebagai usaha untuk memelihara warisan tersebut, di samping memperkenalkan generasi muda dengan permainan yang pernah dimainkan oleh ibu bapa mereka.

“Antabax faham bahawa permainan rakyat Malaysia seperti permainan Oh Som, Lat Tali Lat, Batu Seremban, Chap Teh, Ceper, lompat getah dan Teng-Teng adalah permainan dari zaman kanak-kanak dan mampu menggamit memori. Kami rasa, dengan memperkenalkan semula permainan ini, ia mampu memisahkah kanak-kanak dan remaja daripada peranti mudah alih mereka, selain megeratkan hubungan dalam kalangan ahli keluarga demi gaya hidup yang lebih sihat dan aktif,” katanya.

Pengarah Besar Balai Seni Negara, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, “Acara-acara seperti ini sangat selari dengan objektif Balai Seni Negara untuk menjadikan seni, budaya dan warisan sebagai satu bahagian penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Kita harus mendidik rakyat supaya menghargai dan mencintai seni dari muda. Kami dapati bahawa kerjasama di antara kerajaan dan swasta seperti Antabax dapat membantu meningkatkan kesedaran serta mencetuskan minat terhadap seni graffiti serta permainan waktu kita kecil dahulu.”

“Kami amat berbesar hati apabila Antabax mencadangkan untuk berkerjasama dengan pihak kami untuk Pertandingan Graffiti Antabax 2017 kerana inisiatif seperti ini dilihat sebagai platform yang amat penting untuk artis-artis graffiti tanah air kita untuk menjadi usahawan agar dapat menjana pendapatan yang lebih stabil.”

Lebih 2,000 orang menghadiri Pertandingan melukis graffiti secara langsung Antabax POWER dan permainan Juara POWER Antabax. Para pengunjung yang menghabiskan siri lapan permainan zaman kanak-kanak seperti batu seremban, teng teng, lawan pemadam, lompat getah, batang lidi, chapteh dan gom bia akan menerima produk-produk Antabax bersaiz penuh. Manakala semua pengunjung pula akan diberikan beg hadiah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen #AntabaxPOWER sila layari laman web fb.com/NewAntabax atau lihat laman Instagram kami di @antabax.