Kalau di Malaysia, artis Linda Rafar diberi notis mohon maaf oleh seorang jururawat kerana buli siber, artis Indonesia, Anjasmara pula buat laporan terhadap netizen.

Anjasmara dan isteri, pelakon Dian Nitami membuat laporan polis terhadap komen seorang netizen yang menurunkan komen pasal hidung Dian yang dikatakan hodoh dan disaran buat pembedahan kosmetik.

Anjasmara dalam laman sosialnya menjelaskan tindakannya itu bagi memberi pengajaran dan mengotakan janjinya (membuat laporan sekiranya netizen yang dimaksudkan tidak memohon maaf) semasa membalas komen netizen.

Dia harap semua orang boleh ambil pengajaran dan menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Inilah komen netizen dan responds Anjasmara.

Sebelum itu Anjasmara membalas komen yang ditulis pengguna dengan nama Corissa Putri yang disifatkan membuli isterinya.