Pelakon cantik manis, berkulit putih gebu iaitu Anis Al Idrus yang ditemui pada Sidang Media AIM22 di hotel Park Royal Kuala Lumpur ternyata sungguh ramah orangnya. Manis bicara, setiap soalan yang diajukan kepadanya dijawab dengan begitu yakin dan lancar. Meskipun namanya dalam industri seni belum sehebat seperti rakan artis yang seangkatan dengannya, namun Anis Al Idrus bersyukur kepada Allah kerana beliau tidak menang tangan menerima rezeki yang tidak putus-putus datang kepadanya.

20160629_202118

Dibulan puasa ini jadual Anis cukup padat, Anis memberikan sepenuh komitment terhadap tv3 dan tv9 dalam program Syukur Selalu dan Anis cukup terharu kerana program tersebut mendapat sambutan diluar dugaan dari para peminat. Pada tahun ini Anis akan beraya di Segamat Johor dan seterusnya akan beraya di Kota Bharu Kelantan.

Gadis kecil molek yang masih belum mempunyai kekasih hati ini juga menanam impian ingin menjadi seorang penyanyi terkenal. Anis yang dulunya seorang model iklan, kini bergelar pelakon seterusnya mengembang­kan bakatnya ke bidang nyanyian dan telah tampil dengan single berjudul Mengapa. Anis cukup yakin dia boleh melakukannya.

Manakala butik Anis Wardrobe yang berkonsepkan gaya elegen yang beroperasi di SACC Mall, Shah Alam juga mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Selepas Hari Raya nanti Anis akan tampil dengan cabang perniagaan baru iaitu dengan mengeluarkan produk kecantikan pula.” Kecil kecil cili api”, inilah perumpamaan yang sesuai buat Anis, kerana beliau cukup bijak dalam merencanakan masa depannya. Gondang ingin mengucapkan semoga Anis terus sukses disetiap bidang yang diceburinya.