Setelah beberapa lama tidak ke udara, penyampai yang sinonim dengan lagu-lagu Hindi, Andy Hakim akan kembali ke sebuah stesen radio swasta.

Dalam posting Facebooknya hari ini, dia tak nyatakan pula ke mana dia akan muncul dengan membayangkan sebuah stesen radio popular yang dijadualkan minggu depan. Andy juga tidak akan mendedahkan sehingga tiba masanya.

“Finally, akhirnya, saya akan kembali bersiaran menemani anda menerusi sebuah stesen radio swasta popular. Atas sebab-sebab tertentu, saya belum boleh menyatakan stesen manakah itu. Terpulang pada anda nak meneka. Insya-Allah, awal minggu depan, saya dah boleh nyatakan stesen manakah itu.

“Di peringkat permulaan, saya akan menemani anda, pada hujung minggu. Setiap Sabtu (pukul) 10.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Sajian lagu-lagu Hindi popular. Insya-Allah, kalau sambutan daripada anda baik, barulah dipertimbangkan penambahan hari dan waktu.

“Jadi, kepada anda yang selalu menghujani saya dengan soalan, bila saya akan kembali ke udara, inilah jawapannya. Finally, akhirnya ada sebuah stesen radio swasta yang mendengar kerinduan anda terhadap rancangan yang menampilkan lagulagu Hindi terbaik, dengan infonya sekali.

“Seperti yang saya nyatakan di atas, tolong jangan tanya, stesen manakah itu. Ini sebahagian daripada strategi pemasaran stesen itu. Anda nak teka, terpulang. Tapi saya belum akan menjawapnya, sehingga minggu depan.

“Terima kasih atas sokongan padu anda terhadap saya selama ini. Kalau boleh, teruskan sokongan anda itu. Saya menghargai setiap sokongan anda. Tanpa anda semua, tidak wujud ‘Andy Hakim’. Semoga Allah membalas budi baik anda itu. Amin.

“Insya-Allah, hujung minggu depan, saya akan mula ke udara. Tungguuuu.” Demikian posting Andy.

Banyak komen yang memberikan ucapan tahniah. Ada yang berteka teki.

“Alhamdulillahhhhhh..rezeki anak bini bro Andy Hakim Ibrahim, saya rasa saya boleh agak stesen apa yang femes tu…SinarFM memang x pasangla kalau lagu Hindi, kalau THR memang abang Andy tak akan jilat balik, rasa-rasa macam KoolFM kan bang? Sebab KoolFM tengah serap DJ DJ yang berkebolehan tetapi tidak diberi peluang. Macam Muaz pun dah masuk KoolFM. Gempak jugak dia bila diberi ruang berkolaborasi dengan Liza. Apa-apapun tahniah bang. Buat yang terbaeekkk… kami followers dan penyokong akan follow dan support dari belakang…insha-Allah,” komen seoerang peminat.