Nama Andi Bernadee sempat tular sekejap setahun lalu apabila memuatkan lagu Putus Terpaksa nyanyian Ziana Zain dalam platorm Smule. Ia membawanya ke dunia hiburan apabila berpeluang rakam single solo.

Single sulungnya berjudul Tiada Lagi Maaf dikeluarka awal tahun ini. Namun bukan laluan mudah untuk Andi apabila single tersebut kurang mendapat perhatian, malah stesen radko juga liat memutarkan lagu tersebut.

Wajah kacak jadi pujaan wanita.

Baru baru ini penyanyi asal Kota Kinabalu, Sabah itu kembali tular apabila memuatkan cover version lagu Tak Tun Tuang yang sampai sekarang masih tular.

Janji jaga kesucian diri.

Pemilik nama penuh Andi Azrul Andi Mapangile, 25, ini kembali mendapat perhatian. Selain lebat dengan undangan show, dia juga mendapat perhatian media arus perdana.

Namanya kini semakin dikenali dan mengumpul makin ramai peminat. Dia sedar kuasa tular yang boleh memangkin peningkatan nama seseorang untuk meneroka bidang seni.

“Saya percaya kuasa tular yang boleh menaikkan nama seseorang, tapi saya bukanlah sengaja melakukannya untuk menjadi tular. Penghasilan lagu Tak Tung Tuang pun saya buat sambil lewa dan bersahaja.

“Sehari selepas mendapat lagu tersebut daripada seorang kawan, saya ramamkannya.

“Sebenarnya secara tak sengaja pun. Apabila mahu mandi, saya teringatkan lagu itu lalu saya rakamkannya dan muatkan di laman Instagram saya. Saya tak sangka pula ia boleh jadi tular.

“Saya tak pernah rancang mahu menjadikannya tular untuk menaikkan nama saya,  tapi apabila sudah tular ni, saya mahu memanfaatkannya dan menggunakan kesempatan mempromosikan single saya sendiri, Tiada Lagi Maaf,” kata Andi.

Tak sangka tiba-tiba popular.

Selain faktor lagu Tak Tung Tuang yang mudah menangkap pendengar, video tersebut juga tular kerana penampilan Andi sendiri yang kacak. Banyak netizen yang memujinya kerana kacak.

“Saya tak fikir pun saya ni kacak, saya biasa-biasa sahaja, tapi manis tu adalah sikit-sikit,” kata Andi merendah diri.

Pernah kecewa cinta.

Dia juga berjanji untuk menjaga diri dan tidak mudah hanyut dengan populariti yang ada sekarang. Andi juga sentiasa melayan peminat melalui Instagram oficialnya.

“Apabila memilih menjadi anak seni, saya sudah bersedia dengan apa sahaja cabaran. Kalau ada yang kritik dan kecam pun saya sedia melaluinya.

“Saya janji akan menjaga nama baik saya dan tidak terpalit isu kontroversi yang negatif selepas ini,” katanya lagi.

Menyentuh single baharunya, Andi akui lirik lagu tersebut sedikit sebanyak ada kisah kegagalan cintanya sendiri.

“Setelah gagal cinta lalu itu, saya kini solo dan belum sedia mencari pengganti. Saya mahu fokus kepada karier dahulu,” sambungnya.