Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berhasrat mahu menunjukkan wajah anaknya semasa si comel itu berusia tujuh hari.

Namun belum pun cecah 12 jam, sudah ada yang menyebarkan gambar tersebut. Petang tadi gambar tersebut disebarkan.

Pastinya keluarga atau rakan terdekat yang menyebarkannya kerana pada hari pertama kelahiran pada pagi Isnin, hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dibenarkan melawat. Media juga belum dijemput melawat.

Comelnya anak Siti di pangkuan neneknya.

Siti melahirkan anak secara pembedahan di sebuah hospital yang tidak didedahkan lokasi. Lokasinya di ibu negara.

Baby semasa di pangkuan ibu mertua (paling kanan) yang didedahkan.

Suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengaku gambar bayi yang disebar itu ialah bayi mereka, namun meluahkan rasa terkilan apabila ada yang tidak menghormati permintaan mereka.

Mereka berhasrat mahu memperkenalkan bayi dalam satu majlis serentak dengan majlis meletakkan nama.

Bayi tersebut belum dinamakan namun diberi gelaran sementara Fatimah Azzahrah.

Datuk K kecewa bila foto babynya dipamerkan tanpa kebenaran.

Memandangkan foto itu sudah tular GondangOnline pun siarkan juga.