Anak perempuan penyanyi Dayangku Intan, Wanku Intan Syarafana Rosman meninggal dunia pada pukul 6.00 pagi hari ini.

Ia disahkan oleh suaminya Rosman Yahil melalui mesej kepada kawan-kawan.

“Assalamualaikum…
Saya Rosman Bin Haji Yahil Beserta Isteri Dayangku Intan Binti Tengku Abdul Hamid, Ingin Memaklumkan Bahawa Anak Perempuan Kesayangan Kami.. WanKu Intan Syarafana Binti Rosman Telah Pulang Ke Rahmatullah Pada 6.00am on 21 Feb February 2020.
In Shaa Allah Jenazah Akan Di Sempurnakan Di masjid Wilayah Jalan Duta Dan Akan Di Kebumikan Di Bukit Kiara Selepas Solat Jumaat!, “tulisnya.

Posting Facebook Dayangku Intan.

Mengikut posting Dayangku Intan pada 1 Februari lalu, anaknya akan menjalani pemindahan hati pada hari tersebut.