Anak Syurga Muhammad Syahid yang menghidap autisme dan barah lymphoma iaitu anak kepada anggota nasyid UNIC, Bazli Hazwan, meninggal dunia pagi ini.

Syahid, 4, meninggal  di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada pukul 7.23 pagi tadi dan Bazli kongsikan berita di laman Instagramnya.

“Anak kesayangan ayah, Syahid sudah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid… Anakku…,” tulis nya.

Jenazah akan dikebumikan di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zuhur ini.

Muhammad Syahid yang dirawat di HKL, menjalani rawatan kemoterapi sejak setahun lalu.

Keadaan anak  itu  lebih serius terutama apabila bahagian dalam mulutnya itu dijangkiti ulser.

Muhammad Syahid ialah anak Bazli dengan Asiah Abu Bakar.