Amir akui semasa lagu lamanya tidak begitu menjadi, dia sering terfikir apakah lagu kekurangan pada dirinya yang membuatkan lagunya kurang diterima. Situasi itu sedikit sebayak membuatkan dia berasa down.

“Saya berharap single baharu ini akan mendapat perhatian peminat sebab saya sudah tunggu setahun untuk menghasilkan lagu baharu. Apabila dengar lagu ini saya terus terpikat dan bersemangat kembali merakam lagu baru.

“Saya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan lagu, saya menunggu lagu yang serasi dengan saya dan lagu ini saya anggap sangat serasi,” kata Amir.

Lagu ciptaan Ayden Ali dan lirik oleh Ikhwan Fattana itu dipasarkan oleh Nova Music. Muzik videonya mula dilancarkan di laman Youtube semalam.