Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengaku insiden melibatkan kes karaoke bersama Afifah Nasir dan mencederakan isterinya berpunca ksalahannya.

Dia juga mengambil peluang pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini untuk memohon maaf kepada, keluarga, isteri dan semua orang.

“Saya mengaku bersalah. Saya minta maaf kepada isteri saya, keluarga dan juga kepada Afifah sendiri.

“Saya akui akui apa yang dia buat ada betulnya. Saya tak salahkan isteri saya dalam insiden itu.

“Orang lain pun kalau berada di tempatnya pada masa itu mungkin akan melakukan benda yang sama,” kata Aliff.

Aliff juga beberapa kali memuji sifat isterinya dalam menghadapi situasi sekarang bila hal mereka jadi bahan percakapan ramai.

Namun apabila ditanya apa perasaannya terhadap Affifah dan mengapa dia keluar dengan pelakon muda itu, Aliff tidak menjawab secara langsung sebaliknya beberapa kali mengakui dia telah membuat kesilapan.

“Saya nak bersihkan di kanan dan di kiri… saya mengaku semuanya salah saya,” kata Aliff.

Dia juga tidak mahu campur apa sahaja kenyataan yang Afifah nak berikan dalam hal ini.

Scan qrcode ini untuk video sidang media Aliff Aziz. Anda perlu memuatturun applikasi QR Code Reader pada telefon pintar anda terlebih dahulu.

“Bagi pihak saya, saya mengaku saya dah buah silap dan saya meminta maaf,” kata Aliff.

Bella yang turut hadir dalam sidang media itu menafikan dia dalam keadaan meroyan kerana insiden berlaku semasa masih 20 hari berpantang.

“Perkataan meroyan itu membuatkan keluarga saya terguris,” kata Bella.