Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dilapor memukul isterinya Bella Astillah di sebuah pusat karaoke di Cheras, malam tadi.
Isterinya yang memiliki nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah kemudian membuat laporan di Balai Polis Cheras awal pagi tadi.
Mengikut laporan, pada Khamis lebih kurang pukul 4.30 petang Bella ke sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin Perkasa bersama ibunya untuk mencari suami.
Di pusat itu dia dapati Aliff berada di dalam salah sebuah bilik karaoke tersebut bersama seorang wanita.
Dia tidak puas hati lalu terus memarahi suaminya dan merakam gambar mereka.
Aliff dikatakan bertindak kasar dan mereka telah bergelut kerana Aliff merampas telefon bimbit dan memadam gambar serta mencampakkannya ke arah Bella.
Akibat pergelutan, Bella mengalami luka di muka dan di lutut.
Bertindak atas laporan yang dibuat oleh Bella, Aliff ditangkap di Jalan Peel sekitar pukul 2.30 pagi ini.