Penyanyi dan pelakon Alif Satar masih memilih penghantaran kad raya kepada kenalan dan keluarga sebagai tanda ingatannya kepada mereka. Dia tidak terpengaruh dengan teknologi terkini yang memilih ucapan secara digital.

“Sebab saya menjadikannya tradisi, saya seronok apabila mendapati rakan-rakan sentiasa menanti kiriman kad raya daripada saya,” kata Alif. Namun dia akui jarang mendapat balasan kerana kini kad raya semakin dilupakan.