Album Fazura yang dilancarkan hari ini terjual sebanyak 5,000 unit sekali gus melayakkannya menerima anugerah gold disc.

Anugerah itu disampaikan pada majlis pengumuman artis jelita itu sebagai duta baharu Sahajidah Hai-O Marketing di Petaling Jaya hari ini.

Fazura menerima anugerah Gold Disc daripada Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong.

Fazura kelihatan menangis menerima anugerah tersebut. Pada majlis itu, Fazura turut mempersembahkan dua buah lagu secara live.

Semasa menyampaikan agu Hanya Tuhan Yang Tahu, Fazura kelihatan sebak dan menahan air mata.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura  Sharifuddin, 34, mengakui tidak menyangka album sulung bertajuk Fazura itu mendapat kejayaan. Sebab itulah dia sebak semasa menerima gold disc.

“Album ini berkaitan diri saya dan lagu-lagunya juga berkaitan saya dan kemampuan saya. Pada awal pembabitan dalam bidang nyanyian,  saya hanya sekadar suka-suka. Tapi tak sangka Universal Music percaya kepada bakat saya hingga terhasilnya album ini.

“Saya akui terkejut bila dapat tahu sebelum  pelancaran dah terjual 5,000 unit semasa pasaran album sukar ini,” kata
Fazura.

Album tersebut mengandungi sembilan buah lagu
iaitu Bangun, Bisa Apa, Cinderella (duet
Fattah Amin), Lalu, Cinta Langka (duet
Ariadinata SamSons), Hanya Tuhan Yang Tahu,
Only God Knows dan Sayangi Dirimu.